Inilah ayat ayat Allah ttg Faraid

Ayat ayat tentang Faraid.
Perintah Allah yg jelas dan nyata
sebagai panduan bagi orang orang yang beriman.
Perintah Allah pastinya tidak membeban dan memeningkan kepala.
Malah ianya menjamin keadilan.
Alangkah celupar dan angkuhnya manusia yg menolak perintah Allah dalam perkara memikul dan melaksanakan amanah. Mencemoh serta memperlekehkan tugas dan tanggungjawab mereka yg memikul tugas faraid, mengundang kepada kekufuran dengan terbatalnya syahadah!!
kerana ianya satu penolakan kepada Kalam Allah yang jelas dan nyata!

Dalam kontek Karim, melalui Ayat 11 Surah An Nisa, jelas dan terang tentang pembahagian pusakanya.  Hartanya tertumpu untuk dibahagikan kepada hanya 5 orang anaknya yg terdiri dari 2 lelaki dan 3 perempuan.  Arwah tidak meninggalkan ibubapa dan isteri.  Dia telah bercerai dengan isterinya sejak 10 tahun yg lepas.  Tidak perlu kepada sebarang penafsiran ke atas perintah yg jelas dan nyata bahawa pembahagian/faraid hanya boleh berlaku setelah dilaksanakan semua wasiat dan dilunaskan segala hutangnya ke atas Allah seperti zakat dan badal haji dsbnya, serta hutang kepada manusia atau bank dan seumpamanya. Namun Islam tidak menghalang sebarang pembahagian samarata atau sebagainya dalam kaedah tertentu, dengan syarat dipersetujui oleh semua waris yg bakal menerima pusaka tetapi tetap menjamin hak anak bawah umur dengan kaedah faraid, kerana anak bawah umur tidak boleh memberi persetujuan/keputusan sendiri.
Sesungguhnya benar itu amanah, bohong itu khianat!

 

No comments:

Post a Comment