Sinopsis



Abd. Karim b Ibrahim

Lahir : 05/09/1966

Meninggal: 25/11/2021


Meninggalkan caruman KWSP sejumlah tunai bersih sebanyak

RM356,303.85

Telah meletakkan 4 orang Penama 

di borang KWSP4.

Sebelum tuntutan dibuat, masing2 tidak tahu siapa dan berapa persen yg telah dinamakan oleh pencarum (si mati)

Pada 06/12/2002 bekas isteri si mati bersama anak anaknya telah ke KWSP membuat tuntutan dan hanya ketika itu mereka diberitahu tentang butir2 yg ada dalam borang KWSP4 dan mereka juga yg memberitahu Pn Sarah untuk hadir membuat tuntutan.

A) 52% ke atas Penama Maisarah bte Ibrahim  

(kakak si mati)

B) 48% ke atas Penama 3 anak si mati

(nama dan % tidak diberitahu)

      

Masing masing telah membuat tuntutan
"pengeluaran kematian'


Semenjak dari itu Pn Sarah menerima panggilan telefon dan whatsapp dari anak lelaki dan bekas isteri Arwah mendesak supaya bahagian Pn Sarah segera diserahkan kepada mereka. Terdapat juga desakan dari beberapa org ahli keluarga sendiri yg bertindak melulu menyebelahi bekas isteri dan anak Arwah supaya bahagian 52% itu diserahkan begitu sahaja tanpa perlu diuruskan seperti yg dikehendaki dalam surat wasiat/hasrat arwah


Sejumlah RM185,278.00
telah dikreditkan oleh KWSP ke dalam akaun Puan Maisarah
sebagai pentadbir/wasi harta si mati
pada 31/12/200 

Terdahulu, pada 20/8/2020 Arwah pernah menuliskan hasratnya supaya Puan Sarah melaksanakan beberapa perkara seperti yg tertera

Akibat dari pujukan, desakan dan ugutan dari pihak keluarga sendiri bersama pihak bekas isteri dan anak2nya, Pn Sarah 'terpaksa' melepaskan tanggungjawabnya sebagi pentadbir harta/wasi yg dilantik oleh pencarum sendiri.


Arwah mempunyai hutang dari Personal Loan dgn Bank Rakyat dan kaitan kad kredit dengan Maybank.  Perkara tersebut telah dirujukkan ke Jabatan Insolvensi kerana arwah gagal mengikut jadual pembayaran.
Semakan yg dibuat mendapati hutang terkumpul dengan 

Bank Rakyat ialah RM 248,547.65 dan 
Maybank sebanyak RM 25,838.57

Disamping itu Pn Sarah pernah ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk mengetahui status rumah arwah di Residensi Bistaria dan dimaklumkan adanya tunggakan cukai pintu selama 2 tahun.

 Sehingga kini tiada sebarang maklumat tentang kedudukan hutang si mati.
Panggilan telefon dari keluarga arwah telah disekat oleh bekas isteri dan anak anak si mati. Mereka memutuskan hubungan sebaik sahaja menerima wang yg dipaksaserahkan dari wasi/pentadbir yg dilantik oleh arwah.